BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 25 December 2010

selagi ada kesempatan, tunjukkan kasih sayang

Ada seorang usahawan muda, terburu-buru berangkat ke pejabat kerana terlewat bangun. Pagi itu dia ada meeting dengan rakan-rakan bisnesnya. Kerana terburu-buru, dia tidak sempat menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh isterinya. Lalu memutuskan untuk terus ke sebuah kedai singgah membeli roti sebagai sarapan pagi. Sambil berfikir, "Roti nih aku makan kat pejabat je lah nanti".

Ketika dia sedang memilih roti yang hendak dibelinya, matanya tertarik mengamati seorang kanak2 berusia kira-kira sepuluh tahun yang sedang memilih bunga di kedai sebelah. Kanak2 tersebut sedang tawar-menawar harga bunga dengan pekerja kedai tersebut. "Kakak, harga bunga ini berapa?" tanyanya kepada pekerja kedai. "RM 10 dik..", jawab pekerja kedai bunga. Kemudian dia memilih bunga yang lain dan bertanya kembali, "Kalau bunga yang ini berapa?". "Ini lebih mahal lagi, rm20 ringgit!" jawabnya. "Kalau yang ini berapa?" tanyanya sambil menunjukkan bunga yang lebih bagus lagi. "Ini harganya rm68 ringgit!" balasnya.

Kanak-kanak tersebut bingung kerana harga bunganya bertambah tinggi, sementara dia tidak menyedari bahawa bunga yang dia tunjuk itu adalah bunga yang paling bagus. Dengan sedih dia bertanya, "Takde ke bunga berharga rm2 ringgit?" Ternyata kanak2 ini hanya memiliki wang berjumlah rm2 ringgit walau keinginannya untuk mendapatkan bunga itu sangat tinggi. Belum sempat pekerja kedai bunga menjawab, usahawan muda ini segera bertanya kepada kanak2 tersebut, "Adik,adik nak beli bunga nih untuk siapa?" Kemudian kanak2 ini menjawab, "Saya mahu beli bunga buat mama, kerana hari ini mama ulang tahun!" Pengusaha muda ini tersentak, dalam hatinya ia berkata, "Duh. mati aku, aku lupa! Hari ini birthday isteriku . Aku belum mengucapkan selamat hari lahir lagi kepadanya. Kalau aku lupa, boleh kene marah!" Segera dia berkata kepada pekerja kedai, "Cik, saya beli bunga ini. Saya beli dua. Satu lagi bagi budak nih. Tolong nanti hantar bunga ini ke alamat rumah saya," katanya sambil memberibusiness card miliknya. Kemudian pengusaha muda itu memberikan bunga tersebut kepada kanak2 tadi dan mengucapkan terima kasih kerana sudah mengingatkannya bahawa hari ini ternyata isterinya juga ulang tahun kelahiran. Anak itu kemudian berlalu pergi. Usahawan ini segera bergegas ke keretanya dan terus bergerak ke pejabat.

Ketika dia sedang memandu kereta, dia terserempak kanak2 kecil tadi sedang berjalan. Diapun berhenti dan bertanya adakah dia satu laluan dengannya. Anak kecil itu mengangguk dan kemudian masuk ke dalam kereta. Sampai di suatu tempat yang agak sepi kanak ini minta diturunkan. Usahawan muda tersebut kehairanan melihat kanak2 kecil ini masuk melalui sebuah lorong kecil. Kerana perasaan ingin tahu, dia mengikuti langkah kanak2 tersebut dari belakang. Betapa terkejutnya dia ketika melihat anak kecil ini menaruh bunganya di atas sebuah tanah kuning yang masih basah. Kemudian ia bertanya, "Dik, ini kubur siapa?" Anak kecil itu kemudian menjawab, "Abang, hari ini ulang tahun hari lahir mama. Tetapi sayang, mama baru saja meninggal dua hari yang lalu. Oleh sebab itu saya datang ke tempat ini untuk membawakan mama bunga dan mengucapkan selamat hari lahir." Usahawan muda muda begitu tersentak dengan perkataan anak ini. "Adakah isteriku masih hidup ketika ini?" tanyanya dalam hati.

Segeralah dia berlari masuk ke kereta, kemudian bergegas menuju ke kedai tadi. Dengan termengah-mengah, dia berkata kepada pekerja kedai bunga, "Mana bunga yang tadi saya beli? Bunganya tidak perlu dihantar, biar saya saja yang memberikannya ke tangan isteri saya." Dengan cepat dia menyambar bunga tersebut dan segera pulang. Sampai di rumah, dia segera berlari mendapatkan isterinya. "Alhamdulilah! Isteriku masih hidup!" Sambil memberikan bunga dia berkata, "Isteriku, selamat hari lahir". Kemudian dia mencium dan memeluk isterinya kuat-kuat sambil mengucap syukur kepada Allah SWT. Sambil menangis dia berkata, "Terima kasih, Ya Allah. Engkau masih memberikan kesempatan kedua kepadaku."